Latar belakang Rusuhan Nika

Empayar Rom dan Byzantium kuno terbahagi kepada perkumpulan, dipanggil deme,[2] yang menyokong puak (atau pasukan) tertentu dalam sukan seperti perlumbaan kereta kuda. Asalnya, terdapat empat pasukan utama dalam perlumbaan kereta kuda, dibezakan dengan warna pakaian seragam pemain; warna itu juga dipakai oleh penyokong mereka. Pasukan-pasukan itu Biru (Veneti), Hijau (Prasini), Merah (Russati) dan Putih (Albati),[3] namun pada abad ke-6 pasukan yang paling berpengaruh ialah Biru dan Hijau. Maharaja Justinianus I penyokong pasukan Biru.

Deme telah menjadi tempat untuk orang ramai meluahkan pendapat tentang isu sosial dan politik apabila mereka tidak mempunyai saluran lain.[4] Ia mempunyai ciri-ciri kumpulan kongsi dan parti politik, mengambil pendirian tentang isu semasa, seperti agama dan juga siapa yang sepatutnya menjadi maharaja. Mereka sering melaungkan desakan politik mereka semasa perlumbaan untuk cuba mempengaruhi kerajaan. Tentera dan pengawal diraja tidak dapat menjaga keamanan tanpa sokongan puak-puak ini, yang disokong pula oleh keluarga-keluarga kaya di bandar itu. Antara mereka ada yang percaya mereka sepatutnya menjadi maharaja dan bukan Justinianus.[petikan diperlukan]

Pada tahun 531, beberapa orang ahli Biru dan Hijau telah ditangkap kerana membunuh dalam sebuah rusuhan selepas satu perlumbaan.[5] Rusuhan bukanlah jarang berlaku di perlumbaan kereta kuda, sama seperti tindakan buas yang kadang-kadang berlaku selepas perlawanan bola sepak pada zaman moden. Kebanyakan pembunuh-pembunuh itu dihukum mati.[6] Akan tetapi, pada 10 Januari 532, dua orang antara mereka, seorang Biru dan seorang Hijau, terlepas dan berlindung di sebuah gereja dikelilingi oleh sekumpulan perusuh.

Justinianus mula cemas kerana dia sedang membuat perundingan damai dengan Parsi selepas Perang Iberia dan kini satu krisis baru muncul di bandarnya. Dia memutuskan untuk mengadakan perlumbaan pada 13 Januari dan menukarkan hukuman mereka kepada penjara. Bagaimanapun, puak Biru dan Hijau menuntut kedua-dua lelaki itu diampunkan.[petikan diperlukan]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Rusuhan Nika http://cliojournal.wikispaces.com/Justinian+and+th... http://www.fordham.edu/halsall/source/procop-wars1... http://penelope.uchicago.edu/~grout/encyclopaedia_... //www.worldcat.org/oclc/1007044617 //www.worldcat.org/oclc/294885267 https://books.google.com/books?id=Ln1GAQAAIAAJ https://books.google.com/books?id=XaCYAAAAMAAJ https://books.google.com/books?id=mWEOAAAAQAAJ&q=a... https://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts... https://archive.org/details/belisariuslastro00ianh